Sunday, October 7, 2012

Sedih

I am spending my weekend reading (other than being busy with Ika's wedding). And I came across this (bacalah yang seterusnya dengan hati):

.. Abu Bakar lalu keluar dan berkata di hadapan orang ramai, "Wahai umat manusia, barangsiapa yang menyembah Muhammad, baginda sudah meninggal dunia. Namun, siapa yang menyembah Tuhan Muhammad, Allah Maha Hidup, tidak akan mati".

Dan Allah telah berfirman,

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ







Ertinya : Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? (Ali Imran 3-144) 

Dalam satu riwayat diceritakan:

Setelah mendengar berita kewafatan Rasulullah saw Abu Bakar masuk ke dalam rumah baginda lalu menyembahyangkan jenazahnya. Air matanya bercucuran kerana kesedihannya. Setelah itu, dia memeluk jenazah Rasulullah saw, membuka penutup wajahnya, lalu mencium kening dan kedua belah pipinya, serta mengusap wajahnya. Abu Bakar kemudian berkata, "Demi Allah, hidup dan mati anda sangat indah. Dengan kewafatan anda, terputuslah apa yang tidak terputus dengan kematian nabi manapun. Akhlak anda sangat agung sehingga menjadi pengkhukhusan anda, lalu anda mengharuskan agar kami menauladani anda. Seandainya kewafatan anda bukan kerana pilihan anda, pasti kami sangat berduka. Seandainya  bukan kerana larangan anda untuk meratap, pasti air mata kami ini sudah kering menangisi anda. Namun kami tidak dapat menafikan dan mengalahkan kesedihan kami ini. Ya Allah, sampaikanlah selawat dan salam kami kepadanya. Wahai Muhammad, semoga selawat dan salam dilimpahkan bagi anda. Ingatlah kami di sisi Tuhan anda, semayamkanlah kami dalam hati anda.Ya Allah, sampaikanlah salam kami kepadanya, peliharalah ajarannya dalam jiwa kami dan sucikanlah hati kami agar dapat menauladaninya. Ya Allah, gantikanlah keburukan-keburukan kami dengan kebaikan. Gabungkanlah kami dengan Nabi Muhammad saw dalam iman kerana itulah harapan kami. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam".

Wallahualam.

Setiap kali membaca kisah Rasulullah saw wafat, semestinya air mata akan berlinang. Tidak kira walau versi yang mana sekalipun, yang panjang maupun pendek. Teramat sedih rasanya. Ya Allah, doronglah kami untuk mencontohi Rasulullah saw dalam semua keadaan. Ameen.


*****

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails