Saya terjumpa sebuah hadith,
"Barang siapa yang mencari dunia yang halal untuk menjaga diri dari meminta-minta orang, serta kerana berusaha mencari rezeki anak isterinya dan supaya dapat berbelas-kasihan kepada tetangganya, nescaya dia akan menemui Allah sedang wajahnya berseri-seri seperti bulan di malam purnama". (Riwayat Thabarani)
Pengajarannya : dengan niat yang baik, perbuatan harian maupun adat kebiasaan boleh ditukar menjadi ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah (terjemahan dari Yusuf al-Qardhawi)
Dan saya terbaca,
"Hanyasanya amal-amal itu dengan niat, dan bagi setiap orang dikira apa yang diniatkannya." (Riwayat Bukhari)
Lalu saya memberitahu anak2, kalau minum pun duduklah. Sebab sunnah Rasulullah minum sambil duduk. Jika diniatkan untuk menghidupkan sunnah, minum pun dapat pahala (InsyaAllah mereka ingat. Dan buat).
Dan sebuah hadith lain yang saya terjumpa,
"Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang masih samar, tidak ramai orang yang mengetahuinya, adakah ia dari yang halal ataupun ia dari yang haram? Maka barangsiapa meniggalkan yang syubhat itu selamatlah ia. Dan barangsiapa yang mengerjakan sesuatu dari yang samar-samar itu, maka akan hampir-hampirlah ia terjatuh ke dalam yang haram. Sebagaimana orang yang menggembala (binatang ternakan) di tempat larangan, ia mungkin akan terjerumus ke dalamnya. Ingatlah, bahawa bagi setiap raja ada tempat larangannya, dan bahawa tempat larangan Allah adalah semua perkara yang diharamkanNya". (Riwayat at-Tarmidzi)
I am reading a book on halal & haram at this time. So I'll update interesting stuff I find yang bila baca, bak kata ustaz, bergetar dada.
Dan yang ini, hadith all-time favorite saya yang semua pun sudah maklum,
Hadith riwayat Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda, "Tuhan kita yang Maha Suci lagi Maha Luhur setiap malam turun ke langit dunia ketika malam tinggal sepertiga terakhir. Dia berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu, maka akan Aku kabulkan permohonannya. Dan barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu, maka Aku akan mengampuninya.'" (Riwayat Muslim)
Selamat mencari keampunan Allah. Rahmat Allah. Selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini lebih baik amalan kita dari sebelumnya. InsyaAllah.

*****
No comments:
Post a Comment