Friday, December 14, 2012

Mencari yang Terbaik

The alQuran that I read is big and thick. It is in Arabic dengan terjemahan Bahasa Melayu (supaya saya membaca Quran dalam teks asal dan supaya saya baca terjemahan), dengan terjemahan mengikut frasa (at least saya tangkap perkataan Arab dengan maksud bahasa ibunda), dengan dua tafsir, dengan hadith yang berkaitan, dengan doa2 dan kisah2 sejarah dan tauladan yang bersangkutan. It is slow; tapi saya pujuk hati yang ilmu yand dipelajari yang penting; bukan speed.

Saya masih mencari the best method to understand the Quran. Kelas tafsir saya agak2 hancur, ada saja sebab saya tak dapat attend. The other day saya terjumpa pulak CD dalam bahasa Arab dan terjemahan dalam Bahasa Indonesia. Dan kadang-kala terjumpa CD ustaz yang amat menyentuh hati dengan tafsir beberapa ayat yang dihurai (saya amat amazed / iri / respect pada ustaz yang dapat senaraikan cerita apa nabi siapa di dalam surah mana). And lately I started to also read alQuran dalam terjemahan semata2. I think I like this method the best. Jelas di hati apa yang dibaca dengan kesinambungannya.

Occasionally I'd sit with Eirfan and read the translation together. I hope what we read would mean something to him too. And hope that he remembers this and do it later when he is older, and on his own. And hope that he remembers me in a good way. Dan berdoa agar mungkin ini antara amal-amal di bahu sebelah kanan saya yang menjadi perenggan antara luq-luq dan zarqum nun di sana nanti.

Saya terbaca satu ayat yang nak dikongsi tapi tak terjumpa pulak bila dicari semula (silap saya kerana terlupa nak di bookmark). Bila saya baca ayat itu, saya bertanya apakah sumbangan saya kepada agama yang mulia ini. Tidak ada jawapan mantap / believable yang dapat saya lahirkan, unfortunately.

Selamat mencari redha Allah untuk kelapangan abadi.

*****
    

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails