Sunday, March 17, 2013

On A Quiet Sunday Morning

Saya terbaca ayat dari Surah al-Maaidah ayat 118;
 "Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
dan teringat semula cerita ustaz yang sungguh beremosi tentang ayat tersebut.

Dan saya juga terjumpa sebuah hadith,
Dari Anas bin Malik ra, "Sesungguhnya Allah Taala mengutus seorang malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata, 'Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging.' Manakala Allah sudah memutuskan untuk untuk menciptakannya sebagai manusia, maka malaikat akan berkata,'Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelakikah atau perempuan? Sengsara atau bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya?' Semua itu telah ditentukan dalam perut ibunya." HR Muslim 4785

Dan saya terbaca juga surah al Qaf ayat 39;
Oleh itu bersabarlah (wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu), dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.

lalu teringat juga sebuah cerita lama - something I heard from years ago when I was very young (and it felt like I was another person).

Sesungguhnya tiada daya dan upaya tanpa rahmat dari Allah.

*****

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails