Tuesday, September 18, 2012

On A Peaceful Evening..

Saya membaca Surah An-Nisa' bahagian akhir ayat 29,

إِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِكُمْ رَ‌حِيمًا
yang bermaksud, Sungguh, Allah Maha Penyayang kepada kamu.

Ini yang dikatakan Allah kepada kita. Lalu terasa sebak sebab kita yang tidak terbayang betapa sayangnya Allah kepada hambanya. Dan kekadang terlalu sibuk merungut terhadap sedikit ujian yang didatangkan Allah sehingga lupa pada rahmat Allah yang berbukit, bergunung yang dikurniakan kepada kita.

 Dan juga Surah An-Nisa' ayat 32,
وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّـهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ ۚ لِّلرِّ‌جَالِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبُوا ۖ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِّمَّا اكْتَسَبْنَ ۚ وَاسْأَلُوا اللَّـهَ مِن فَضْلِهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
 yang bermaksud,
Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu ke atas sebahagian yang lain.... Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Tafsir Ibnu Kathir -
Allah berfirman yang bermaksud, Janganlah kalian iri hati pada kelebihan orang lain kerana selain kelebihan itu sudah diatur, iri itu pun tidak ada gunanya. Sebaliknya mohonlah kurnia itu dariKu nescaya Aku beri. Sebab, Aku Maha Pemurah dan Maha Pemberi.

Kata ustaz, sembahyang sunat dan berdoalah kepada Allah untuk apa sekali pun. Terutama sekali pada waktu sisa2 malam.

Dan juga Surah An-Nisa' ayat37,
الَّذِينَ يَبْخَلُونَ وَيَأْمُرُ‌ونَ النَّاسَ بِالْبُخْلِ وَيَكْتُمُونَ مَا آتَاهُمُ اللَّـهُ مِن فَضْلِهِ ۗ وَأَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِ‌ينَ عَذَابًا مُّهِينًا
Iaitu orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta menyembunyikan kurnia yang telah diberikan Allah kepadanya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghinakan; 

Teringat cerita ustaz, tentang orang yang kufur ni'mat iaitu orang yang tidak mengakui nikmat Allah dan tidak mahu pula memperlihatkan nikmat Allah. Kata ustaz, seumur hidup sihat tidak pula cerita pada sesiapa yang dia sihat; tapi walau sehari sakit pun, berhari2 diceritakannya kepada semua.

Selamat beramal dan mencari redha Allah sentiasa.

(Alhamdulillah hari ini berakhir dengan tenang)

*****   

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails