Wednesday, January 5, 2011

Amar Makruf Nahi Mungkar


1.
Abu Zar al-Ghifari ra (**)berkata : Telah berkata Abu Bakar as Shiddiq ra : "Ya Rasulullah, adakah jihad selain memerangi kaum musyrikin?" Rasulullah saw menjawab, "Sesungguhnya Allah punya pejuang di muka bumi lebih utama dari para syuhada. Mereka hidup diberi rezeki, dimuliakan Allah dan para malaikat langit menghias Syurga untuk mereka. Abu Bakar bertanya, "Siapakah mereka?" Rasulullah saw menjawab, "Orang yang memerintahkan kebaikan melarang kemungkaran serta suka dan benci kerana Allah. Demi zat yang diriku dalam kekuasaanNya, seseorang hamba (yang berada) dalam bilik di atas bilik-bilik pasa syuhada. Tiap bilik ada tiga ratus pintu dari yakut dan zamrud hijau dan di atas tiap pintu ada nur. Tiap lelaki dari mereka dikahwinkan dengan tiga ratus bidadari yang bermata indah (..)"

2.
Telah tersebut dalam khabar bahawa Allah berfirman, "Hai Musa, adakah engkau telah beramal untukKu?" Musa berkata, "Ya Tuhanku, aku telah solat, puasa, besedeqah kerana Engkau. Aku telah bersujud dan memujiMu. Aku telah membaca kitab dan aku mengingatiMu." Allah berfirman, "Hai Musa, ada pun solat alasan bagimu, puasa Syurga untukmu, sedeqah itu naungan untukmu, tasbih itu pohon di Syurga untukmu, membaca kitabKu juga bidadari dan mahligai untukmu, bahkan zikir pun adalah nur untukmu. Maka amal yang mana untukKu?" Kata Musa, "Ya Tuhanku, tunjukkanku amal yang aku perbuat untukMu!" Allah berkata, "Hai Musa, adakah engkau telah mencintai waliKu dan memusuhi musuhKu?" Kemudian tahulah Musa as bahawa amal yang paling utama adalah menyintai Allah dan benci pada musuh Allah kerana Allah.

3.
Telah berkata Abu Ubaidah bin Jarrah ra, "Aku bertanya. Ya Rasulullah, siapakah syuhada paling mulia di sisi Allah?" Rasulullah saw bersabda, "Lelaki yang pergi kepada raja yang zalim lalu menyuruhnya membuat kebaikan dan melarangnya dari kemungkaran kemudian raja itu membunuhnya. Jika ia tidak mati maka Qalam tidak kering mencatitkannya setelah itu sepanjang hidupnya."


~ Mukashafah al Qulub


** Kata ustaz, sebelum memeluk Islam Abu Zar adalah seorang penyamun yang kejam. Tapi selepas mendapat hidayah menjadi sahabat Rasulullah. Reminds me of pepatah orang putih, a leopard never changes its spots. I think anyone can change. Dengan iman yang benar.

ps - I also googled Abu Zar and found out his name is listed in Wiki. Which makes me wonder what / who else are on Wiki.

*****

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails