1.
Pada zaman Nabi saw, manakala orang telah mengambil tempat tidur dan memejamkan mata, seorang lelaki bangun dan solat, membaca al-Quran dan berkata : "Wahai Tuhan, jauhkanlah aku dari Neraka." Hal itu diberitahukan kepada nabi saw, kemudian beliau berkata : "Jika demikian, tunjukkan di mana dia." Kemudian Nabi saw datang kepada orang itu dan mendengar munajatnya.. Nabi saw berkata : "Mengapa kamu tidak meminta syurga?" Orang itu menjawab : "Wahai Rasulullah, aku tudak layak untuk nya. Amalku tidak cukup untuk mencapainya." Tidak lama kemudian Jibril datang dan berkata : "Khabarkan kepada si fulan bahawa Allah telah menjauhkannya dari Neraka dan memasukkannya ke Syurga."
2.
Rasulullah besabda kepada Abu Dhar : "Bila engkau hendak pergi, perlukah engkau bawa bekalan?" Abu Dhar menjawab : "Ya." Beliau besabda : "Bagaimana engkau menempuh jalan Kiamat? Tidakkah kau ingin, wahai Abu Dhar, aku ceritakan sesuatu yang bermanafaat bagimu pada hari itu?" Abu Dhar menjawab : "Ya." Rasulullah bersabda : "Puasalah di hari yang amat panas untuk hari kebangkitan. Solatlah dua rakaat di kegelapan malam untuk keganasan kubur. Dan berhajilah untuk hal-hal yang amat agung. Bersedekahlah kepada orang miskin, atau dengan kalimat yang benar yang engkau katakan, atau pula dengan tidak mengatakan kalimat buruk."
3.
Rasulullah saw bersabda : "Wahai Abu Hurairah, inginkah engkau mendapatkan rahmat Allah ketika hidup dan mati, dikuburkan dan dibangkitkan? Bangunlah di tengah malam dan solatlah! Bukankah engkau ingin redha Tuhanmu, wahai Abu Hurairah? Solatlah di sudut rumah mu, maka nur rumahmu di langit seperti cahaya bintang bagi penghuni dunia."
Try substituting those names high-lighted with yours - it'll give a whole new perspective to the hadiths.
*****
No comments:
Post a Comment