Saya terbaca ~
Adalah diriwayatkan, terdapat sekumpulan kaum Quraisy
antaranya ialah al-Harith bin Qais, al-‘Ash bin Wa-il, al-Walid bin
al-Mughirah, al-Aswad bin Abu Yaghuth, al-Aswad bin Abdul Mutalib dan Umaiyah
bin Khalaf.
Mereka datang menemui Rasulullah saw seraya berkata “Hai Muhammad!
Marilah engkau ikut agama kami dan kami pula ikut agama engkau. Kita berkongsi
untuk sama-sama memeluk agama kita semuanya, engkau sembah tuhan kami selama
setahun dan kami sembah Tuhan engkau pula selama setahun. Sekiranya agama yang
kau bawa itu yang baik kita sudah pun sama-sama berkongsi dalam agama tersebut,
kerana kami telah mengambil bahagian kami. Sekiranya agama yang ada pada kami
itu yang baik, engkau juga sudah berkongsi sama-sama dengan kami dan engkau
telah mengambil bahagian engkau.”
Rasulullah menjawab, "Aku berlindung kepada Allah dari
menyekutukanNya dengan yang lain.”
Mereka pun berkata pula, "Engkau terima sajalah sebahagian tuhan kami, nescaya kami akan percaya kepadamu dan kami sembah pula tuhanmu."
Baginda pun lalu menjawab, "Sehinggaku tunggu apa yang akan datang jawapannya dari Tuhanku."
Maka Allah pun menurunkan surah al-Kafirun dari awal hingga akhir surah, terjemahannya :
بسم الله الرحمن الرحيم
Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
(1)
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
(2)
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
(3)
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
(4)
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
(5)
Untukmu agamamu, dan untukkulah, agamaku".
(6)
Keesokan harinya Rasulullah saw datang ke masjid, dan di sana telah berkumpul kaum Quraisy. Di hadapan mata kepala mereka baginda berdiri membacakan surah ini, maka mereka pun kecewa seketika itu juga..
Saya ambil dari buku tafsir surah al-Quran.
Apalah dunia ini jika tiada bahagian untuk akhirat. Selamat mencari rahmat dan redhaNya.
*****