Tuesday, February 13, 2007

Cinta Nan Abadi

Dari Anas ra : Ada seorang lelaki menanyakan kepada Rasulullah saw mengenai kiamat. Kata nya : “Bilakah hari kiamat?” Beliau bersabda : “Apakah yang telah engkau siapkan untuk hari itu?” Kata nya : “Tiada satu pun selain mencintai Allah dan RasulNya”. Beliau bersabda : “Engkau akan bersama orang yang engkau cintai”.

Kata Anas : “Belum pernah kami gembira seperti kegembiraan kami kerana mendengar sabda Nabi saw : Engkau akan bersama yang engkau cintai!” Kata Anas : “Saya mencintai Nabi, Abu Bakar dan Umar dan saya mengharapkan kiranya saya bersama mereka kerana mencintai mereka, sekalipun saya belum beramal serupa amal mereka”.
~ Hadith Bukhari
*****

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails