I am currently reading a book on sirah (I'll share that when I'm done ~ I am only on Vol I and there are three in this series). Tercapai dek tangan buku ni sebab ustaz kata jahil nye saya mengaku Islam namun sejarah peribadi Rasulullah pun tak tahu (he didnt literally said it like that tapi saya translate lebih kurang begitu lah) Angkuh nye. He added. Saya istighfar banyak2. Memang betul kata ustaz.
Kata penulis,
Setiap muslim yang mengaku dirinya Muslim yang beriman dengan Allah dan Rasulullah saw wajiblah membuktikan keimanannya dengan usaha dan tenaga; serta rela menerima tawaran Allah untuk menukar syurga dengan jiwa raga dan harta benda mereka.
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.
(Surah Al Taubah, 9:111)
Lalu soalan saya pada diri sendiri - apakah / pernahkah / adakah usaha saya dalam jual-beli ini?
Dan ayat ini.
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).
(Surah Al Baqarah, 2:214)
Dan andaian saya dari kefahaman yang cetek mungkin begini,
syurga = pengorbanan harta, benda, jiwa dan raga.
And I mull over the sacrifices (if any) that I have made.
*****
No comments:
Post a Comment