Friday, January 27, 2012

Sedikit Cerita

Bacalah cerita ni dari sebuah hadith. Baca lambat2. Biar masuk ke qalbu. Biar kita ingat dan boleh cerita pulak pada anak2. Kata ustaz,

pada suatu hari Nabi saw duduk bersama sahabat di sebuah kebun kurma. Lalu nabi bercerita berkenaan Dajjal. Kadang2 nabi bercakap dengan suara yang kuat. Kadang2 perlahan. Berbisik. Sehingga sahabat berasa takut dan tertanya2 samada Dajjal sudah ada di bumi.

Selepas solat Asr hari itu Rasulullah saw bertanya pada sahabatnya mengapa mereka nampak sugul. Jawab sahabat mana tak sugul sedangkan Dajjal sudah tiba. Maka Rasulullah menjawab yang Dajjal belum ada dan Dajjal tidak akan keluar sebelum wafatnya nabi. Kata Nabi lagi kalau Dajjal datang semasa hayat Rasulullah, cukup nabi seorang sahaja akan dapat membunuhnya.

Cerita ustaz lagi, Dajal itu berambut kerinting. Matanya terjelur keluar seperti buah anggur.

Kata ustaz, kalau takdir ditemukan Dajjal, bacalah ayat awal Surah Kahfi. Ayat 1 - 10 kalau tak silap saya (sila semak). Untuk perlindungan. Agar tidak dikacau oleh Dajjal.

Dajjal akan turun di sekitar negeri Syam (Syria) / Iraq. Dan dia akan bermaharajalela selama 40 hari di bumi. Kata ustaz 40 hari tu relatif, kadang2 satu hari terasa macam lebih lama.

Dajjal begerak laju. Seperti angin bertiup. Tanya ustaz, bila dengar cerita macam ni adakah aqidah kita percaya atau our logical thinking will kick in and reject them?

Dajjal akan pergi ke semua tempat kecuali Mekah, Madinah dan BaitulMuqaddis (dan beberapa tempat lain kalau tak silap saya). Apabila sampai di Madinah Dajjal tidak dapat masuk kerana ada malaikat menjaga kota Madinah. Lalu Dajjal akan menuju pula ke BaitulMuqaddis.

Kerja Dajjal ni kata ustaz, satu saja. Mahukan manusia mengaku dia tuhan. Dan Allah telah memberi sedikit kuasa kepada Dajjal. Bila dia minta hujan maka hujan pun turun. Bila dia minta pokok tumbuh, pokok pun tumbuh.

Dalam perjalanan ke BaitulMuqaddis, Dajjal bertembung dengan seorang lelaki muda. Lalu Dajjal membelah dada pemuda itu dan kemudian mencantumkannya semula. Dan pemuda itu hidup kembali. Tanya Dajjal adakah kamu mengaku aku tuhan? Jawab pemuda itu, tidak. Engkaulah Dajjal yang telah diceritakan oleh Rasulullah saw.

Antara ayat yang lazim ustaz ungkapkan bila bercerita macam ni adalah "bergetar dada". Takut. Gentar. Terhimpit rasanya dada.

Dan pada waktu inilah turun Nabi Isa as. Nabi Allah Isa berambut hingga paras bahu. Dan peluh yang menitik dari hujung rambut Nabi Isa itu bagaikan mutiara (luqluq). Dan bila bernafas terasa sejuk nafas Nabi Isa. Akan mati orang kafir jika mereka melalui pada laluan nafas itu. Subhanallah.

Maka Nabi Allah Isa akan membunuh Dajjal di sebuah kampung (tak ingat pulak nama nya) berdekatan dengan BaitulMuqaddis. Selepas itu Nabi Isa akan memimpin orang2 mukmin ke Bukit Tursina kerana pada masa itu lah Yakjuj dan Makjuj akan keluar. Dan Nabi Isa serta orang yang beriman ini akan bertahan di Bukit Tursina semasa serangan Yakjuj dan Makjuj itu.

Saya fikir mungkin saya cerita pasal Yakjuj dan Makjuj di post yang lain. Namun, selepas Yakjuj dan Makjuj ditewaskan (dengan pertolongan Allah), barulah Nabi Allah Isa as meninggal dunia.

Saya selalu appreciate cerita macam ni. Sebab saya jadi takut dan tersedar (sekejap) dari lamunan dunia. Sebab itu jugaklah saya suka ceritakan balik cerita2 ni.

Tidak terperi jasa dan budi ustaz2 yang berkorban kudrat mereka dalam berkongsi ilmu. Semoga diredhai Allah sentiasa, InsyaAllah. Jika ada tersilap fakta di sini, memanglah silap saya.

ps - Mungkin juga tulisan saya tidak lancar. The language has always been a challenge to me. Namun cerita begini kekok ditulis dalam bahasa inggeris.

Selamat mencari bekalan untuk perjalanan pulang, dan kehidupan yang abadi. Semoga kita dilindungi Allah, dunia dan akhirat InsyaAllah. Ameen.

*****

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails