Kata ustaz, ada hadith Nabi saw yang mengatakan -
sesiapa yang diberikan nikmat yang sedikit tetapi tidak dia tahu untuk berterima kasih, maka bila diberikan ni'mat yang banyak pun dia tidak akan tahu berterima kasih. Dan kalau dia tidak tahu berterima kasih kepada manusia maka dia tidak akan tahu juga untuk bersyukur kepada Allah. Dan, menceritakan ni'mat2 Allah swt yang kita terima kepada orang lain adalah antara tanda2 yang kita manusia yang bersyukur. Orang yang tidak bercerita apa kebaikan yang telah Allah berikan kepadanya, orang itu kata Rasulullah, orang yang kufur ni'mat.
Lalu kata ustaz, berbanyak2lah bersyukurlah kepada Allah. Terutamanya kerana Allah telah mentakdirkan kita menjadi umat Islam. Tidak pun kita minta menjadi Islam, tetapi telah ditakdirkan Allah begitu - menjadikan kita antara yang terpilih dari segala umat.
Dan berapa ramai orang kafir di hari akhirat kelak teringin sangat kalaulah mereka dahulu menjadi orang Islam semasa di dunia. Dan berkata juga orang kafir2 itu nanti, kalaulah kita dahulu mahu menjadi orang Islam dan menjadi orang yang berfikir tentu hari ini kita tidak di dalam neraka. Dan pada hari itu mereka akan menyesal. Seperti yang diberitahu di dalam Surah al Mulk ayat 10 - 11.
Maka bersyukurlah menjadi umat Islam.
Bersyukurlah kepada Allah kerana bukan saja kita menjadi umat Islam, tetapi kita diberikan pula rezeki yang cukup. Rezeki makan, minum, pakaian, kesihatan, tempat tinggal, pelajaran dsbnya. Tidak lebih dan tidak pula bermewah2 tetapi cukup. Bahkan diberikan pula Allah dalam hati perasaan yang berpada dan sifat qana'ah. Yakni sifat berasa cukup di dalam hati, lalu menjadi orang yang sangat berterima kasih kepada pemberian Allah. Untungnya.
Maka bersyukurlah.
(Pesan ustaz, surah al Mulk adalah antara surah yang kena hafal. 30 ayat kesemuanya. Surah ini akan menjaga kita di dalam kubur kelak).
Selamat mencari rahmat untuk perjalanan pulang yang panjang.
*****
No comments:
Post a Comment