Tuesday, July 3, 2012

Yang Baik-Baik

Muqaddimah ~ Saya suka membaca tulisan orang baik-baik (you may interpret that as you will). Ada saja pengajaran yang boleh dijadikan tauladan. Kadang2 sebak bila membaca. Kadang2 terfikir pulak, they are the most amazing people yang patut dibuat contoh. MasyaAllah. Dan hati sendiri berkata, hidup pun inilah sekali nya; carilah alasan untuk buat yang baik2 dan yang terbaik - tak mahu pulak menyesal di hujung kehidupan ataupun di sana nanti.

Ustaz bercerita (btw, we were talking about the benefits of larger phone screens - like the s3, dan orang ofis bercerita that they surf the net on their smart phones during traffic jams when commuting to/from work. Saya terdiam kerana saya pulak terasa malu nak bercerita saya dengar cd ustaz pada masa2 begini..), dari sebuah hadith di mana Abu Dzar menceritakan kisah Rasulullah saw membaca ayat yang sama berkali2 pada setiap raka'at semasa baginda solat malam hinggalah sampai subuh. 

Keesokan harinya bertanyalah Abu Dzar mengapa Rasulullah sepanjang malam semalam baginda baca ayat yang sama berulang2 hingga ke pagi (saya tak ingat pula ayat dari surah yang mana satu). Jawab Rasulullah saw beliau merayu pada Allah agar umat baginda diampunkan Allah. Tiada sebab lain. Beliau berdoa Ya Allah, tolong ampunkan hamba2Mu ini. Tolong ampunkan umatku. Mereka ini punyai banyak salah dan cukup banyak berbuat dosa. Kalau Engkau memilih untuk mengazab mereka, mereka tetap hambaMu juga. Tetapi kalau Engkau memilih untuk mengampunkan mereka, Engkau Maha Perkasa, Maha Bijaksana. Dan kata Rasulullah lagi, Alhamdulillah aku telah diberitahu bahawa permintaan aku telah dimakbulkan Allah selagi umatku tidak mensyirikkan Allah.

Kata ustaz lagi, hadith ni nak bagitau betapa sayangnya Rasulullah kepada kita, umatnya. Lebih dari kita sayangkan keluarga kita. Bayangkanlah. Kita cuba bayar balik sayang Rasulullah itu dengan mentaati perintah Allah dan menurut sunnah Nabi.

Saya andaikan juga jika ingin berdoa akan sesuatu, bangunlah pada satu pertiga akhir malam dan berdoalah berkali2 pada Allah. Agar doa yang diminta itu dimakbulkan Allah. Cuba dengan kesungguhan. Dan ternyata ia satu kebenaran. Wallahualam (siapalah saya?)

*****

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails