Monday, March 5, 2012

Books, Books and More Books Part 37


Buat ketika ini jika ada sesiapa bertanya buku apa yang patut dibaca, kemungkinan besar saya akan mencadangkan buku Uthman b Affan Pengumpul al Quran yang ditulis oleh Abdul Latip Talib keluaran PTS Litera Utama. Buku kepunyaan Eirfan yang saya capai sekadar bacaan sirah yang santai dan juga sebagai bridging dengan anak muda saya.

But once I read the book I find it very engrossing indeed. Bukan sekadar bercerita berkaitan Uthman b Affan ra sahaja, malah banyak peristiwa signifikan sirah Rasulullah dimasukkan dalam buku ini. Cerita yang dibawa kadang2nya (terutama yang berkaitan peribadi dan perilaku Rasulullah saw) masuk jauh ke dalam lubuk hati. Banyak kali air mata bergenang. Entah sebab halusnya budi Rasulullah saw dan para sahabat ra, kesusahan yang dilalui dalam menegakkan syiar Islam ataupun saya sendiri yang emotional (!).

Sesetengah peristiwa tidak pernah didengar sebelum ini, yang lainnya agak familiar. Seperti semasa Rasulullah telah membuka Mekah dan menghancurkan semua patung2 berhala dan baginda berdiri di pintu kaabah dan bertanya kepada orang2 Quraisy, apakah yang kamu sangkakan Muhammad akan lakukan kepada kamu pada hari ini? Lalu jawab orang kafir Quraisy, kami harapkan yang baik2 sahaja dari kamu kerana Muhammad seorang yang mulia dan asalnya dari keturunan yang mulia2 juga.

Bacalah berapa banyaknya kisah Rasulullah memaafkan orang2 kafir yang telah tidak terperinya menyakitkan Rasulullah sendiri dengan berbagai cara. It is a very light book, but not too light after all. Bacalah kisah peperangan Islam dengan Rom dan Parsi. Dan kisah para sahabat Rasullullah yang sungguh menakjubkan. Tentang gagahnya Muawiyah bin Abu Sufian bin Harb.

Selamat mencari apa jua alasan untuk menyayangi Rasulullah dalam mencapai keredhaan di kehidupan abadi.
*****

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails