(Muqaddimah -
My sister gave me a watch when I first left home for college. I lost it in my second semester, I think, when I left it in the ladies' after wudhu'. Sayangnya saya jam tu, recently I bought another watch of the same make (after all these years).
And my mum gave me a pretty blue blouse when she came back from a summer holiday in the UK tetapi sayang, a few years later baju tu kemudiannya hilang bersama luggage.
Itu baru antara material yang kita sayang. Belum lagi keluarga kita. Kawan2 kita.)
Namun tanya ustaz, sedarkah kita betapa sayangnya Nabi saw kepada kita, ummatnya? (Ini cerita yang panjang; tapi bacalah).
Pada suatu ketika Nabi berdoa dan bermunajat, meminta Allah memberi pertimbangan kepada umatnya yang terpesong. Meminta pertolongan daripada Allah. Nabi membaca doa Nabi Isa as, dari Ayat 118 surah Al-Maaidah.
Kemudian Nabi mengangkat tangan meminta doa - Allah, umat aku, tolonglah mereka. Tolonglah mereka. Tolong berikan petunjuk kepada mereka. Dan kemudian Nabi menangis (banyak riwayat yang kita baca di mana nabi menyebut ummati, ummati dan nabi menangis).
Kata ustaz, kita yang buat dosa ni pun tak menangis. Nabi yang menangis untuk kita. Nabi yang meminta ampun untuk kita. Kita yang berdosa tidak pulak berasa berdosa; jauh sekali nak bertaubat. Kerasnya hati sebahagian kita.. (saya bertanya diri sendiri - have I cried any, lately? I wonder, sebab duniakah atau akhirat?)
Dan kata ustaz lagi, sayangnya Allah pada Nabi Muhammad tiada sempadan. Antara cerita sayangnya Allah kepada Nabi Muhammad, termasuklah cerita semasa di Padang Mahsyar di mana manusia datang meminta pertolongan dari Nabi Adam hingga sampai ke Nabi Muhammad. Dan Nabi Muhammadlah yang akan sujud kepada Allah. Lalu Allah berkata angkatlah kepala engkau wahai Muhamad. Mintalah apa yang engkau ingin minta dan Aku akan tunaikan permintaan itu. Rasulullah saw pun meminta ya Allah, selamatkanlah mereka ini. Lalu Allah pun melepaskan manusia yang dalam kesusahan itu. Dan doa meminta syafaat dan kedudukan terpuji bagi Rasulullah saw yang kita baca selepas adhan itu untuk syafaat inilah sebenarnya. Dan nanti Nabi akan guna syafaat itu untuk kita jugak, umatnya. Nak tolong kita di akhirat nanti. Sayangnya Nabi saw kepada kita sampai begitu sekali.
Sambung ustaz, lalu Allah menyuruh Jibrail bertanya kepada Nabi mengapa Nabi berdoa sampai menangis bersungguh2. Lalu turunlah Jibrail bertemu Nabi memberitahu Allah bertanya mengapa Nabi berdoa sampai menangis bersungguh2. Maka jawab Nabi, aku bimbangkan umatku. Sedangkan aku masih ada pun pelbagai perkara yang terjadi, nanti selepas wafatku apa akan jadi kepada umatku? Jibrail pun kembali menemui Allah dan memberitahu jawapan Rasulullah sedangkan Allah sesungguhnya lagi Maha Mengetahui. Lalu Allah berkata pada Jibrail, beritahu pada Muhammad Aku akan pastikan yang Nabi akan berasa senang hati dengan ummatnya dan Aku tidak akan biarkan Nabi bersedih disebabkan umatnya. Nota saya : sekurang2nya mesti sebak bila baca cerita ni.
Dan saya terjumpa tulisan yang lebih baik berkaitan kisah ini.
Dan kata ustaz juga, betapa banyaknya ni'mat menjadi umat Nabi Muhammad saw. Salah satunya adalah menjadi umat yang mula dibangkitkan dan dihisab berbanding dengan umat nabi2 lain yang mana meninggal lebih dahulu, berada di dalam alam barzaqh lebih panjang dan menunggu lebih lama sebelum dihisab. Subhanallah.
Dan pesan ustaz, belajar ugama mesti dengan berguru. Jadi apa yang dibaca di sini atau mana2 pun, especially di internet, dapatkanlah kepastian dari ustaz/ustazah favorite anda (semoga Allah memberkati, merahmati ustaz2 yang meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan sentiasa menyeru kepada kebaikan).
Selamat mencari sayang dan tangis di alam fana ini untuk kehidupan abadi.
*****
2 comments:
oh yes sebak. can i share this particular entry? or can i just copy paste but of coz with credit. i dont write beautifully like u
Yes, please share. Niatlah untuk berkongsi ilmu kerana Allah. Boleh dapat pahala! I'd love the credit, kalau you nak mention I. & thanks for the compliments, you are the sweetest.
Post a Comment