Thursday, February 23, 2012

Kita Di Mana?


Saya meminjam buku Eirfan bertajuk Uthman bin Affan ~ Pengumpul alQuran untuk dibaca. Saya curious sebenarnya, mengapa khalifah ini dibunuh sedangkan Uthman ra adalah antara sahabat yang paling rapat dengan rasulullah dan yang telah pun dijanjikan syurga (nak jugak tahu apa yang dibaca dek Eiran).

Malah, diceritakan bahawa Uthman pun pantang saja Rasulullah menyebut untuk berbuat sedeqah, Uthmanlah selalunya yang terdahulu menghulurkan hartanya. Pernah nabi menyebut tentang membeli telaga ? (Astaghfirullah, sungguh saya tak ingat walau telah berkali saya dengar. InsyaAllah saya ceritakan bila saya ingat) dan Uthmanlah yang membeli telaga tersebut untuk kemudahan awam.

Pertama kali saya terjumpa senarai sepuluh sahabat Rasulullah saw ini semasa saya di universiti. Dah pun saya lupa. Yang ingat hanya 5 atau 6 sahaja.

*****

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails