Tuesday, February 14, 2012

Yang Sedikit

And I thought I have heard a lot being mentioned about Surah al-Ahzaab lately. Dan tertanya2 pula apa sebenarnya yang saya dengar.

Dan MasyaAllah sempat juga saya membaca terjemahannya sekilas lalu di internet (kerana urusan2 yang sememangnya tidak dapat dielakkan) dan kemudian tafsir yang lebih panjang dengan lebih santai.

There is this feel-good feeling about reading something and then thought, I know this - I've read it somewhere before / learnt it in class / heard it on the CD. Setidak2nya mungkin saya boleh berkongsi ilmu yang teramat sedikit kepada sekurang2nya seseorang yang lain. InsyaAllah.

Ayat 22
Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:” Inilah yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada kami dan benarlah (apa yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya”. Dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.


Ayat ini turun berkaitan perang Khandaq. Ketika tentera Islam dikepung oleh orang Yahudi Mekah dan kuncu-kuncu mereka; lalu Allah turunkan angin yang kuat yang telah terbangkan khemah-khemah dan peralatan kaum Yahudi. Maka kaum Yahudi tidak sanggup berdepan dengan balasan Allah tersebut lalu pulang meninggalkan medan Khandaq.

(Saya sangkakan ayat ini turun pada suatu peperangan yang lain yang saya baca dan saya pun tak ingat yang mana satu - siapalah saya. Namun setelah disemak sememangnya perang Khandaq).

Ayat 28
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Sekiranya kamu semua mahukan kehidupan dunia (yang mewah) dan perhiasannya (yang indah), maka marilah supaya aku berikan kepada kamu pemberian mut’ah (sagu hati), dan aku lepaskan kamu dengan cara yang sebaik-baiknya.

Pernah saya blog hadith
berkaitan ayat ini pada suatu ketika dulu. Setiap kali terbaca ayat ini, terasa tersentuh perasaan bagi pihak nabi. Saya baru terbaca juga sebuah hadith (HR Muslim InsyaAllah) yang menceritakan ayat ini turun berikutan permintaan isteri2 nabi untuk diberi nafkah yang lebih.

Ayat 36
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.

Ustaz pernah mentadabbur ayat ini untuk kami. Ayat ini turun pada peristiwa Rasulullah saw meminang Zainab bt Jahsy bagi pihak anak angkatnya, Zaid Bin Harithah. Zainab sangkakan nabi sendiri yang mahu mengahwininya. Zainab adalah sepupu nabi, dari keluarga bangsawan Quraisy dan beranggapan siapalah Zaid (seorang hamba dari Yaman), lalu menolak pinangan itu. Lalu turunlah ayat ini. Zainab kemudian akur dan mengahwini Zaid.

Ayat 37
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang yang telah dikurniakan oleh Allah (dengan nikmat Islam) dan yang engkau juga telah berbuat baik kepadanya: “Jangan ceraikan isterimu itu dan bertaqwalah kepada Allah”, sambil engkau menyembunyikan dalam hatimu perkara yang Allah akan menyatakannya; dan engkau pula takut kepada (cacian manusia padahal Allah jualah yang berhak engkau takuti (melanggar perintahNya). Kemudian setelah Zaid selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (dengan menceraikannya), Kami kahwinkan engkau dengannya supaya tidak ada keberatan atas orang-orang yang beriman untuk berkahwin dengan isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak angkat itu telah selesai habis kemahuannya terhadap isterinya (lalu menceraikannya). Dan sememangnya perkara yang dikehendaki Allah itu tetap berlaku.

Dan kata ustaz, inilah satu2nya ayat di mana nama sahabah Rasulullah disebut di dalam alQuran (dan kata ustaz lagi, nikmat yang paling tinggi yang dianugerahkan kepada seseorang manusia adalah nikmat Islam). Ayat ini pula turun apabila Allah mengutuskan Rasulullah berkahwin dengan Zainab (note - after reading this post again, I decided to delete some things I had put here earlier).

(Di antara isteri2 nabi, Aisya ra berbangga kerana hanya beliau yang merupakan anak dara semasa berkahwin dengan nabi. Zainab pula berbangga kerana perkahwinannya dengan Rasulullah saw adalah di atas perintah Allah swt.)


Ada beberapa ayat lain yang saya pernah terjumpa / belajar. But I thought I'll stop here sebab terfikir pulak, siapalah saya nak menulis pasal ayat2 suci Allah. Biarlah yang lebih arif. But I'll just go ahead and post whatever I have so far. Please, do not take my words here for granted. Semaklah untuk kepastian. Mana-mana yang salah memang silap saya. Astaghfirullah.

*****

No comments:

Related Stories

Related Posts with Thumbnails